RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN
ISLAM TAHUN 1
Mata Pelajaran :
Ibadah
Tarikh :
17 Oktober 2012 (Rabu)
Kelas :
1 Kreatif
Masa :
8.45 – 9.15 pagi (30 minit)
Bilangan Murid :
20 orang
Tajuk :
Pengertian Solat Fardhu
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid-murid biasa melihat perlakuan solat
Objektif Pembelajaran :
1) Menyebut pengertian solat
2) Menyatakan nama dan bilangan rakaat solat
KBKK :
Menjana idea, menilai dan .membuat kesimpulan
Penerapan Ilmu :
Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Matematik dan Muzik.
Penerapan Nilai : Bersyukur, patuh, rajin dan
bertanggungjawab
BBM :
Kad gambar, kad perkataan, kad nombor,
carta
bertulis dan
papan putih.
Langkah/masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Membaca doa mula belajar dan bacaan Surah
Al-Fatihah.
|
-Guru memberi salam dan murid-murid menjawab.
-Murid-murid membaca doa mula belajar dan
Surah Al-Fatihah.
-Guru mempamerkan gambar masjid dan
bersoaljawab dengan murid-murid:
1)
Ini gambar apa?
2)
Apakah tujuan orang Islam pergi ke masjid?
-Mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang
akan dipelajari.
|
NILAI:
Bersyukur
BBM :
Gambar masjid
|
Langkah 1
(6 minit)
|
Pengertian Solat Fardhu
|
-Sumbangsaran murid-murid mengenai pengertian
solat.
-Guru mempamerkan carta bertulis mengenai
pengertian solat.
-Guru membaca pengertian solat dan
murid-murid mengikut beramai-ramai.
-Penerangan guru kepada murid-murid mengenai
pengertian solat.
-Guru memilih murid secara rawak untuk
membaca pengertian solat.
-Murid-murid membaca pengertian solat dengan
bimbingan guru.
|
NILAI:
Patuh pada arahan
BBM :
Carta bertulis
(pengertian dan gambar perlakuan solat)
|
Langkah 2
(7 minit)
|
Nama solat dan bilangan rakaatnya
|
-Guru melekatkan kad perkataan mengenai
nama-nama solat.
-Guru menyebut nama-nama solat dan
murid-murid mengikut beramai-ramai.
-Latihtubi menyebut nama-nama solat.
-Guru melekatkan pula kad nombor mengenai
bilangan rakaat solat.
-Penerangan guru mengenai nama, bilangan
rakaat dan hukum menunaikan solat.
-Latihtubi menyebut nama dan bilangan rakaat
solat secara kelas dan kumpulan.
|
NILAI:
Rajin
ILMU:
Matematik
BBM:
Kad perkataan
Kad nombor
|
Langkah 3
(8 minit)
|
Padanan nama solat dan bilangan rakaatnya.
|
-Murid-murid menjalankan aktiviti memadankan
nama-nama solat dan bilangan rakaatnya.
-5 orang murid diminta ke hadapan dan
memadankan bilangan rakaat bagi solat-solat tertentu.
-Seorang murid pula diminta untuk memadankan
bilangan rakaat bagi kesemua nama-nama solat.
-Murid menyebut bilangan rakaat dalam bahasa
Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.
-Murid-murid menyebut semula bilangan rakaat
dalam pelbagai bahasa secara kelas.
|
NILAI :
Patuh
ILMU:
Bahasa Arab
Bahasa Inggeris
BBM:
Kad perkataan
Kad nombor
|
Penutup
(4 minit)
|
-Membuat rumusan:
1) Pengertian solat
2) Nama solat dan bilangan rakaat.
-nasyid “SEPOHON KAYU”
|
-Guru bersoaljawab dengan murid-murid
mengenai pengertian, nama dan bilangan rakaat solat.
-Murid-murid melagukan nasyid “SEPOHON KAYU”.
-Guru mengingatkan murid-murid mengenai
perlunya menunaikan solat dan meminta murid mengamalkannya dalam kehidupan
seharian.
|
NILAI:
Bertanggungjawab
ILMU :
Muzik
|
REFLEKSI:
_______________________________________________________________________
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahniah, rancangan pengajaran yang baik dan boleh dikongsi bersama rakan guru.
ReplyDeleteTerima kasih atas komen yang positif. Moga kita sama-sama mendapat manfaat.
DeleteTahniah kerana dapat menghasilkan blog dan rancangan yang menarik
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi melawati blog ini dan memberi komen yang membina.
Deletesama-sama Cikgu
Delete